Seeding at FBKT Siri 1

25 Januari 2023

FBKT telah menerima kunjungan pelajar Tingkatan 4 daripada MRSM Jeli, SMK Jeli, SM Sains Jeli dan SMK Ayer Lanas untuk menjayakan program Seeding @FBKT Siri 1. Program ini diadakan bersempena program TechnoInnovation Expo (TIE) 2023. Antara pengisian program termasuklah Ceramah Motivasi STEM yang disampaikan oleh Dr. Sarizam bin Mamat dan Kuiz STEM yang dikendalikan oleh Dr. Azfi Zaidi.

Ceramah motivasi yang disampaikan bertujuan untuk memupuk semangat juang pelajar meneruskan dalam bidang STEM sehingga ke peringkat tertinggi supaya negara Malaysia terus mampu untuk berdaya saing dalam bidang Sains dan Teknologi. Setelah selesai program, pelajar melawat tapak pameran TIE di Dewan Utama. Program seperti diharapkan dapat diteruskan dan hubungan baik diantara FBKT dan sekolah-sekolah disekitar kampus dapat dieratkan.

Dr. Wan Suriyani Faliq Adeeba Binti Wan Ibrahim